Sunday, July 11, 2010

hanya aku sendiri (cinta di hatiku 3)

aku percaya, tulisanku ini hanya aku sahaja yang membacanya, ahh...sekurang-kurangny aku dh luahkan perasaan2 yg tak patut terus bersarang dihatiku
sekurang-kurangnya aku boleh memastikan hatiku ini lebih lega dari biasa

bercerita kembali tentang cinta di hatiku yang warnany tidak berubah, hanya waktu sja yang terus berganjak....yang hakikatnya masih sama namun keadaanya sedikit berubah...
cinta di hatiku punya batas dan halangan yang kucipta sendiri, cinta itu bukan satu perkara smudah 123 atau abc untukku perkatakan...
jangan tanya kenapa aku menidakkan hakikat perasaan, tapi tanyalah hati dan fikiran sendiri, mencari logik yang mungkin diri sendiri tidak terfahami...

sesungguhnya cinta di hatiku sudah bertapak, tapi tidak tersemai, hanya kaku tanpa satu langkah untuk terus mencuba
aku hanya ingin terus menikmati yang baik-baik sahaja meski yang buruk itu selalu bertandang
dan cinta di hatiku, aku mengharapkan yang terbaik juga meski akan banyak rintangan mendatang
semoga cinta akan tersemai di hatiku pada saat dunia ini mampu kuhadapi dengan tabah bersulam senyuman
semoga cinta itu juga datang kepada semua umat Tuhan yang mempercayai ketentuan-Nya bahawa hadirnya cinta pada masa yang betul, insan yang benar dan atas sebab yang halal diredhai-Nya
ya, aku ingin cinta begitu, yang Tuhanku restui....

hati terasa rindu............

Setelah sekian lama, baru sekarang nak jenguk blog aku ni...malas, kesibukan, antara alasanku untuk x bblog...

Friday, October 9, 2009

MY LUBU-SSHI

NAMA: LUBU
PANGGILAN MANJA: LUBU-SSHI, BUBU, LUBU SIGAT, LUBU JEGAK
KEGEMARAN: IKAN
SIFAT-SIFAT ISTIMEWA:
1) FAHAM BAHASA
2) WALAUPUN FAHAM, TAPI SELALU BUAT TAK TAHU
3) SUKA TIDUR
4) SHOW-OFF (TERUTAMA KALAU DAPAT TANGKAP TIKUS)
5) SUKA CARI GADUH DENGAN KUCING RUMAH SEBELAH
BUKTI LUBU SANGAT DISAYANGI: PERNAH PECAHKAN GELAS SEBANYAK 9 BIJI TAPI MAK AKU TAK MARAH PUN (KALAU KAMI ORANG, HAH, SEPANJANG HARI 2LAH TELINGA BERNANAH) LUBU, LUBU

SELALU DAPAT KELEBIHAN MAKANAN, BOLEH NAIK ATAS MEJA DAN KALAU KOTOR MAK AKU SANGGUP MANDIKAN IA
ADALAH 2, 3 KALI DAH LUBU DIMANDIKAN MALAM2 SEBAB JATUH PARIT
KESIANNYER...

LUBU bagai ahli keluarga kitaorang. Memikirkan kehilangannya adalah perkara paling sukar buat aku. Cukuplah sekali ia hilang 2 bulan lamanya...Kalau boleh biarlah ia sentiasa ada sehinggalah aku benar-benar mampu menghadapi kehilangannya sekali lagi.










Rentetan kisah Peniup Rekorder kumpulan LJF

Di sinilah bakat peniup rekorder kumpulan LJF ditemui yang menjadikannya sebagai ahli kumpulan tetap sehingga kini. Melihat kepada gaya branded, rambut straighten (kecuali selipar jepun orennya), tiada siapa pun akan menjangka peniup rekorder ini berada di lorong, sedang menagih simpati orang ramai. (Adakah pendapatannya begitu lumayan atau ini kerja part time aje?)

JOM BERMAIN - LITERASI BAHASA (PJ)

Yvonne Octavia & Rosxy
Siti Naqiah dan Merina
Siapa cepat susun, menang!
Susun ayat mengikut urutan yang betul
Cikgu Josephine sedang menerangkan sesuatu kepada murid-murid.
Meletakkan huruf yang betul pada tempat kosong.
Teka silang kata oleh Kumpulan Totally Spies (Merina, Siti Hanisah & Norhidayah)
Perebutan menyusun suku kata.
Membuat aksi mengikut jenis haiwan.
CEPAT! Cari lokasi yang betul.
Sorry, gambar kabur.
Lydia & Rosxy
Dengar arahan guru!
Permainan oleh kumpulan Keong Emas
Cikgu Siti Naqiah sedang memberi penerangan.

Wednesday, October 7, 2009

SUPER GIRL VS BABY GIRL

Kalau ditanya apa persamaan kitaorang mungkin tak banyak sangat, tapi perbezaan rasanya lebih banyak kot. Tapi, tulah, camne kitaorang boleh berkawan baik, mungkin sebab kitaorang masih dapat menyokong satu sama lain walau semua orang menuding jari menyalahkan kitaorang. Almaklumlah, suka memberontak, melawan dan mengumpat. Apapun, semoga persahabatan kitaorang berkekalan selamanya. Amen.


Annual Dinner 2008
Sebelum Felly potong rambut
Calis (Dun): 17 08 1987
Selakau - Lundu, Sarawak
Lydia Elfira (Ley, Lydy): 22 09 1987
Iban + Cina - Miri
Rosxy (G): 31 10 1988
Iban - Bintangor, Sarawak
Josephine (JoJo, Phyne): 07 03 1989
Melanau - Dalat, Mukah
Yvonne Octavia (Von, Eve): 24 10 1989
Melanau - Mukah
Felicia Sangan (Felly, E-deq): 29 12 1989
Iban - Pakan, Sarikei

PEMBENTANGAN LITERASI BAHASA

Sepanjang menjalani proses pembuatan, penciptaan dan pembentangan tugasan untuk matapelajaran Literasi Bahasa ini, macam-macam perkara yang sudah terjadi. Buat BBM sepanjang hari, tak ingat nak mandi, bersengkang mata dan hampir tak siap. Pendek kata, bukan sedikit tenaga dikerah dan bukan sedikit juga wang ringgit dibelanjakan demi menghasilkan BBM yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid. Apapun, kerja kumpulan ini mengajar bakal-bakal guru PISMP PRASEKOLAH untuk bersabar, bekerjasama dan saling tegur-menegur membetulkan mana-mana kekurangan. Diharapkan segala kritikan dan pujian diterima dengan sebaik mungkin demi kecemerlangan bersama.
Murid, Siti Naqiah sedang melekatkan jalinan puzzle yang hilang.
Cikgu Rosxy sedang menerangkan sesuatu kepada 3 trio KIA2M yang sangat nakal.
Budak KIA2M, Azilah yang asyik nak bergambar aje...
Cikgu Rosxy & Cikgu Calis sedang bergambar kenang-kenangan bersama BBM kumpulan mereka.
BBM yang disediakan oleh kumpulan CRY masih perlu diperbaiki lagi.-Miz Bu-
Cikgu Phine yang telah ditemui meniup rekoder di sebuah lorong suatu masa dahulu kini menjadi peniup rekoder tetap Kumpulan LJF.
Inilah kumpulan LJF (Lydia, Josephine & Felicia) ketika membentangkan lagu ciptaan mereka.
Para guru yang berlakon menjadi murid-murid ketika kumpulan CRY (Calis, Rosxy & Yvonne) membentangkan lagu baru mereka.
Miz Bu sedang memantau murid-murid KIA2M yang terlebih. Apapun korang memang gempak.
Cikgu Yvonne sedang menerangkan teknik vokal yang betul kepada murid-murid.
Cikgu Phine mengajar murid-murid mengeja perkataan GAGAK.
Cikgu Felicia sedang membantu salah seorang murid, Khairunnisa mengeja dengan betul.
Cikgu Rosxy mengajar murid-murid KIA2M yang tinggal 2 orang mengeja. Budak-budak ini sangat pandai mengeja perkataan KOLAM.
Cikgu Calis sedang mengajar susunan huruf mengikut urutan yang betul dan secara songsang.
Tugasan pertama yang membantu perkembangan kemahiran motor halus murid-murid. Set ini terdiri daripada pai, donut dan karipap. Emm...delicious.

About Me

My photo
Bintangor, Sarawak, Malaysia
wanna b somebody