Monday, May 4, 2009

Happy mothers day!!!





Happy Mothers Day everyone.
Pabila bercakap tentang hari ibu ni, macam-macam cerita suka dan duka yang aku ingat kembali.  Dan tentulah kisah itu berkisar ibu yang tercinta.  Aku anak ibu?  Rasanya tidak, tetapi hubungan kami punyai ikatan yang sangat kuat.  Mungkin, bak kata orang anak yang menyusu paling lama memang rapat dengan ibu.  Mungkin aku tidak sedar akan hubungan rapat itu, mungkin juga belum tiba masa persamaan itu terlihat.  Dulu, aku inilah anak paling manja, buat apa pun mak yang tolong, suap makan, ikat rambut dan macam2 aktiviti formal dan tak formal yang mak tolong buat.  Aku ni juga memang degil sepanjang zaman.  Pada usia kanak2, apa yang aku nak, aku mesti dapat.  Kalau tak, mak cakap aku akan menangis kat situ jugak.  Ish....betul ke tu aku?  Realitinya, aku memang degil.  Anak yang banyak menyusahkan ibu bapa.  Dan mak mesti sangat risaukan aku waktu itu.  Sebab dalam degil aku itu, aku banyak sangat mengalah dengan kawan2.  Orang suruh buat. Banyak sangat mengalah dengan orang.
 Memang tak dinafikan mak sangat protektif terhadap aku.  Mungkin sebab aku ni anak pertama yang menjadi harapan, sandaran segala keinginan.  Namun, hidup ini ada putarannya bak roda yang tidak kekal lama pada satu2 tempat.  (Berkasih jgn mcm roda tau.  Cintakan yang 1 itu, sebaiknya biarlah dia sahaja...)  
Dan aku bersyukur kerana hari ini aku lebih tegas terhadap aspek di dalam kehidupanku.  Berkat doa mak agaknya.  Hari ini, aku pasti aku dah buat mak rasa bangga terhadap diri aku.  Aku dah menjadi sebahagian daripada impiannya dan aku pasti separuh daripada harapannya kepadaku hampir terlunas.  Aku mahu mak bangga dengan aku.  Kalau dia yang dahulunya tidak mahu meneruskan persekolahan mampu mendorong aku menjadi seorang gadis remaja yang tekad berusaha dan mencapai cita, takkan aku tidak mampu menghadiahkan secebis kegembiraan kepadanya?
Kalian juga, buatlah sesuatu untuk ibu, mak, umi, mama, mummy, mom atau apapun juga panggilan buat seorang wanita yang telah banyak berkorban untuk kita.  Mungkin hari ini kita masih berpeluang bersamanya, kita cukup bertuah kerana pada saat ini ada yang menangis kerana wanita yang dipanggil ibu itu sudah tiada.
Aku bukanlah anak yang baik jauh sekali dijadikan teladan, tetapi jauh di sudut hati, aku tahu mak adalah antara insan yang paling kusayang.  Dan dia antara makhluk Tuhan yang telah dicipta untuk mendorong diriku menempuhi segala cabaran.  Aku bangga kerana mak yangaku  panggil itu adalah wanita yang selalu ada disisiku walau berkali-kali aku mengguris hatinya.
Persoalannya, dapatkah aku menjadi seorang ibu yang begitu kelak?  Dapatkah kalian seperti ibu anda yang pada saat ini meniup semangat anda untuk berjaya?  Fikir-fikirkanlah...


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Bintangor, Sarawak, Malaysia
wanna b somebody