Monday, May 4, 2009

Happy mothers day!!!





Happy Mothers Day everyone.
Pabila bercakap tentang hari ibu ni, macam-macam cerita suka dan duka yang aku ingat kembali.  Dan tentulah kisah itu berkisar ibu yang tercinta.  Aku anak ibu?  Rasanya tidak, tetapi hubungan kami punyai ikatan yang sangat kuat.  Mungkin, bak kata orang anak yang menyusu paling lama memang rapat dengan ibu.  Mungkin aku tidak sedar akan hubungan rapat itu, mungkin juga belum tiba masa persamaan itu terlihat.  Dulu, aku inilah anak paling manja, buat apa pun mak yang tolong, suap makan, ikat rambut dan macam2 aktiviti formal dan tak formal yang mak tolong buat.  Aku ni juga memang degil sepanjang zaman.  Pada usia kanak2, apa yang aku nak, aku mesti dapat.  Kalau tak, mak cakap aku akan menangis kat situ jugak.  Ish....betul ke tu aku?  Realitinya, aku memang degil.  Anak yang banyak menyusahkan ibu bapa.  Dan mak mesti sangat risaukan aku waktu itu.  Sebab dalam degil aku itu, aku banyak sangat mengalah dengan kawan2.  Orang suruh buat. Banyak sangat mengalah dengan orang.
 Memang tak dinafikan mak sangat protektif terhadap aku.  Mungkin sebab aku ni anak pertama yang menjadi harapan, sandaran segala keinginan.  Namun, hidup ini ada putarannya bak roda yang tidak kekal lama pada satu2 tempat.  (Berkasih jgn mcm roda tau.  Cintakan yang 1 itu, sebaiknya biarlah dia sahaja...)  
Dan aku bersyukur kerana hari ini aku lebih tegas terhadap aspek di dalam kehidupanku.  Berkat doa mak agaknya.  Hari ini, aku pasti aku dah buat mak rasa bangga terhadap diri aku.  Aku dah menjadi sebahagian daripada impiannya dan aku pasti separuh daripada harapannya kepadaku hampir terlunas.  Aku mahu mak bangga dengan aku.  Kalau dia yang dahulunya tidak mahu meneruskan persekolahan mampu mendorong aku menjadi seorang gadis remaja yang tekad berusaha dan mencapai cita, takkan aku tidak mampu menghadiahkan secebis kegembiraan kepadanya?
Kalian juga, buatlah sesuatu untuk ibu, mak, umi, mama, mummy, mom atau apapun juga panggilan buat seorang wanita yang telah banyak berkorban untuk kita.  Mungkin hari ini kita masih berpeluang bersamanya, kita cukup bertuah kerana pada saat ini ada yang menangis kerana wanita yang dipanggil ibu itu sudah tiada.
Aku bukanlah anak yang baik jauh sekali dijadikan teladan, tetapi jauh di sudut hati, aku tahu mak adalah antara insan yang paling kusayang.  Dan dia antara makhluk Tuhan yang telah dicipta untuk mendorong diriku menempuhi segala cabaran.  Aku bangga kerana mak yangaku  panggil itu adalah wanita yang selalu ada disisiku walau berkali-kali aku mengguris hatinya.
Persoalannya, dapatkah aku menjadi seorang ibu yang begitu kelak?  Dapatkah kalian seperti ibu anda yang pada saat ini meniup semangat anda untuk berjaya?  Fikir-fikirkanlah...


Aktiviti di Prasekolah











Bagi menyempurnakan tugasan KKBI Pra 3102, pensyarah pembimbing telah merancang satu bentuk penilaian buat PISMP Prasekolah iaitu mengadakan micro-teaching secara berpasangan.  mula-mula memanglah rasa susah sangat sebab kitaorang buat last minute.  Tapi, pengalaman yang diperolehi memang banyak sesangat.

kami budak prasekolah

















Kami adalah bebudak prasekolah yang telah dikuasakan oleh kerajaan untuk mendiami IPGM Kampus Rajang bagi ambilan Julai 2007. Sesungguhnya, pertemuan ini merupakan titik tolak kepada satu kehidupan yang mungkin tak terfikirkan, mematangkan diri dari segi tanggungjawab & tidak kurang juga menyebabkan hati terluka dalam mengharungi setiap liku kehidupan.  Ya, kami insan yang lemah, kadangkala tanpa sedar menyinggung perasaan insan-insan lain & mungkin mendatangkan ketidaksenangan hati, tetapi inilah kami yang terkini: PISMP PRASEKOLAH ambilan Januari 2009!
Kitaorg nilh budak yang banyak sgt giler kat mana2.  Mungkin si dia kat kepala, yang dia pulak giler2 kata2nya
Emmm....kadang2, haru gak satu dunia ni dengan karenah diaorang, tetapi itulah manisnya untuk dikenang.
Meski mulut ketawa hahahahahahaha...! (cis, bisng betul!)
Don't jugde a book by its cover...
Isinya sangat berpatutan walaupun nampak dari luar mcm, eleh...apa sangatlah diaorang 2
Hello bukan semua sisi kami ini negatif.
Silap2, banyak sisi2 positif yg korang tak tahu...
Apapun, buat geng2, bai2, pok2, deng2 n whatsoever...
Berusahalah menggapai kejayaan
Mungkin hari ini kita dipandang sebelah mata, esok siapa tahu, kita berubah menjadi insan matang yang bertanggungjawab dalam menunaikan amanah KPM di bahu
Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat korang.
Redah pun redah gak, lampu merah jgn lupa tengok, kang terbabas pulak ye....
Daaaaaaaaaaaa.....................................

mukadimah pertama

kehidupan ini mmg penuh dengan kejutan
kadang2 umpama mimpi, tetapi itulah yang mematangkan kita dan mendidik kita menjadi lebih dewasa
apabila terjatuh, aduh...sakit benar rasa hati
jiwa berdarah dan perasaan terluka
namun jangan kerana kita terjatuh & tsungkur, maka kita menuding jari kepada sekalian makhluk Tuhan di muka bumi ini
janganlah sampai kita tidak berdaya untuk melangkah dan terus mengalah
TERUSLAH BERUSAHA teman2 sekalian
hidup ini hanya sekali, jadi nikmatilah

About Me

My photo
Bintangor, Sarawak, Malaysia
wanna b somebody